KUALA LUMPUR 14 Mac – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen lemah terhadap mata wang negara maju itu telah mendorong permintaan bagi mata wang negara pesat membangun, kata peniaga. Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0850/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0905 ketika ditutup semalam. Peniaga berkata mata wang AS mengalami tekanan susulan data ekonomi negara itu tidak seperti yang diharapkan oleh pasaran, sekali gus mengukuhkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat. Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya