SYDNEY 16 Mac – Senator wilayah Queensland, Fraser Anning dirakam menumbuk seorang remaja lelaki sebanyak dua kali selepas remaja berkenaan bertindak memecahkan telur di belakang kepalanya ketika ditemubual oleh wartawan hari ini. Lapor portal The West, rakaman tersebut dimuat naik oleh wartawan agensi berita ABC, Henry Belot di Twitternya. Insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kemarahan orang ramai berhubung kenyataan kontroversi dilontarkan oleh Anning berkaitan insiden tembakan rambang di Christchurch semalam. Semalam, Anning menyalahkan kesemua mangsa menjadi punca kematian mereka sendiri. Beliau turut menuding jari terhadap program imigresen yang membenarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya