JEREZ 14 Mac – Kesemua jentera berkuasa eletronik yang akan bertanding dalam Kejuaraan MotoE musnah terbakar dalam satu kebakaran di Jerez, hari ini. Pasukan MotoE berada di Jerez selama tiga hari kerana menyertai sesi ujian pramusim, dan kesemua 18 jentera yang di bawa masuk ke trek pada hari pembukaan, semalam, musnah terbakar. Tragedi kebakaran itu dipercayai berlaku sekitar pukul 12.15 tengah malam waktu tempatan (7.15 pagi waktu Malaysia), turut memusnahkan…










