Sehingga semalam, lebih 900 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan kes penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, sehingga kini 16 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes tersebut. Katanya, terbaharu dua lelaki masing-masing pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ ditahan di Seri Kembangan, Selangor dan pemilik Twitter dikenali sebagai Alvin Chow yang menghina agama…










