PARIS – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji mentaliti yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya selepas mencipta kemenangan luar biasa 3-1 pada pusingan kalah mati sekali gus menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam. Terdahulu, skuad The Red Devils tewas 0-2 pada perlawanan pertama bulan lalu, namun berjaya mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas penyerang muda, Marcus Rashford menjaringkan gol penalti pada masa kecederaan. Keputusan tersebut nyata menggembirakan Solskjaer yang menganggap pencapaian anak-anak buahnya membuktikan semangat tidak mengenal erti kalah itu masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya