Segerakan pembinaan Hospital Pasir Gudang - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

Segerakan pembinaan Hospital Pasir Gudang – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Mac – Tragedi pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang wajar menjadi faktor pendesak dan pemangkin kepada usaha untuk membina Hospital Pasir Gudang yang telah dirancang lama dengan segera.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana, biarpun peruntukan sudah diumumkan, malah proses tanah juga sudah dilakukan pada 4 Mei 2018, namun sehingga kini belum ada sebarang perkembangan dan kemajuan.

Menurut bekas Menteri Besar itu, semasa pentadbiran beliau, antara perkara utama serta paling kritikal dan mengambil masa untuk diselesaikan adalah rundingan bagi memastikan hospital tersebut dibina di kawasan yang sesuai dan praktikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akhirnya, perkara itu berjaya diselesaikan, peruntukan sudah diumumkan dan proses pecah tanah juga telah dilakukan pada 4 Mei tahun lalu.

“Kerajaan negeri sepatutnya serius meneruskan pelan itu dengan segera bersama-sama Kerajaan Persekutuan, malah, perkara itu turut mendapat perhatian daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang menitahkan agar ia disegerakan,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, yang pasti, kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan industri dan mempunyai penduduk yang ramai mesti dilengkapkan dengan infrastruktur serta prosedur keselamatan yang mampu memberi kesejahteraan kepada semua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini