KUALA LUMPUR 6 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 agar dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat terutama golongan muda. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, peningkatan gaji minimum perlu dilaksanakan kerana kadar gaji minimum sedia iaitu RM1,100 tidak mencukupi. Menurutnya, ini boleh dibuktikan apabila buku panduan perbelanjaan Belanjawanku menunjukkan kos minimum golongan bujang adalah RM1,870 sebulan. “MBM hadir ketika pelancaran Belanjawanku…










