Sebak lihat kedaifan masyarakat Islam Tanzania - Utusan Malaysia

Sebak lihat kedaifan masyarakat Islam Tanzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Melihat kedaifan di Tanzania semasa dihantar sebagai sukarelawan di negara itu awal tahun lalu membuatkan sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Abdullah Fahim Mohd. Yazid, 25, berjanji akan pulang semula ke negara itu untuk menghulurkan bantuan.

Abdullah Fahim berkata, dengan populasi 95 peratus penduduk beragama Islam, Tanzania merupakan salah satu negara yang perlu diberikan tumpuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan bantuan.

“Kanak-kanak seawal umur tiga tahun sudah mula bekerja dengan upah 20 sen sehari dan lima daripada sepuluh kanak-kanak tidak bersekolah. Sekolah pula amat daif dan mereka hanya duduk di atas lantai dan beratap zink semasa sesi pembelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kanak-kanak yang tidak mampu untuk ke sekolah akan berdiri di luar kelas untuk mendengar apa yang guru ajarkan.

“Di Zanzibar, Tanzania, sebanyak 69 peratus rakyatnya bekerja sebagai petani dengan purata pendapatan sebanyak 50 sen sehari,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Misi Kemanusiaan Ke Tanzania 2019 dekat sini hari ini.

Abdullah Fahim akan berangkat ke Tanzania dalam misi kemanusiaan pada 29 April ini bersama empat lagi rakan sukarelawan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini