Schreuder jurulatih baharu Hoffenheim - Utusan Malaysia

Schreuder jurulatih baharu Hoffenheim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 20 Mac – Hoffenheim mengumumkan penolong jurulatih Ajax, Alfred Schreuder dipilih untuk mengemudi pasukan mereka menggantikan Julian Nagelsmann.

Jurulatih meningkat naik, Nagelsmann dijangka akan mengambil alih Leipzig pada musim depan, dan Schreuder, 46, disahkan bakal mengambil alih tempatnya selepas menandatangani kontrak hingga 2022.

“Saya gembira kerana usaha ini berhasil. Alfred merupakan calon utama kami sejak Julian mengumumkan bahawa dia akan pergi meninggalkan kelab,” kata pelabur Hoffenheim, Dietmar Hopp.

Memuatkan artikel berkaitan…

Schreuder bukan nama asing di Hoffenheim apabila dia pernah bekerja di kelab tersebut sebagai penolong jurulatih di bawah kendalian Nagelsmann dan Huub Stevens di antara 2015 hingga 2018.

Dia kemudiannya menjadi penolong kepada Erik ten Hag di Ajax, membantu pasukan mereka menundukkan Real Madrid dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara awal bulan lalu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ajax kerana memahami dan memudahkan urusan perpindahan saya. Ini merupakan peluang terbaik saya untuk membimbing pasukan dengan penuh motivasi sambil dikelilingi pemain berbakat besar.

“Sudah pasti saya mahu meningkatkan struktur dan orang di Hoffenheim. Saya gembira kerana dapat ke sini dan sangat bercita-cita agar dapat memberi impak sebagai ketua jurulatih dan memberi kejayaan kepada kelab ini,” kata Schreuder.

Schreuder akan memulakan tugasnya pada 1 Julai ini selepas Nagelsmann berpindah ke Leipzig. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini