MADRID 6 Mac – Santiago Solari menegaskan dia tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid sekalipun pasukannya ditunjukkan jalan keluar di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara oleh Ajax, hari ini.
Real dimalukan 1-4 di laman sendiri dan tersingkir menerusi agregat 3-5, menyebabkan mereka kempunan mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010.
Ini bermakna, dalam tempoh seminggu, skuad Los Blancos telah tersingkir daripada Copa del Rey, perebutan gelaran La Liga, dan terkini kejohanan Eropah.
Solari yang mempunyai kontrak sehingga 2021 selepas mengambil alih tugas daripada Julen Lopetegui pada November lalu, mungkin akan dikekalkan pada musim ini meskipun dimalukan Ajax.
“Saya tidak hadir ke kelab ini dengan sifat tidak mudah menyerah kalah. Jelas kami sudah memberikan segalanya, cuma kami gagal melepasi halangan,” kata Solari selepas perlawanan tersebut.- AFP










