Saya tidak kisah - Sarri - Utusan Malaysia

Saya tidak kisah – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mac- Maurizio Sarri mengambil sikap tidak peduli tentang spekulasi terbaru pemecatannya daripada jawatan pengurus Chelsea.

The Blues kini di menduduki kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berkemungkinan tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Esprito Santo, dikhabarkan sebagai salah seorang calon pengganti sekiranya Lembaga Pengarah Chelsea memilih untuk memecat Sarri, namun bekas pengendali Napoli itu tidak mahu memikirkan nasibnya musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu. Saya tidak kisah buat masa ini. Bagi saya, perlawanan selepas ini merupakan perkara terpenting. Ia termasuk perlawanan dengan Liverpool dan Everton.

“Saya mahu menumpukan terhadap perlawanan-perlawanan ini. Selepas itu, kami akan menghadapi waktu rehat antarabangsa dan seterusnya jadual padat sehingga penghujung musim.

“Apa yang penting adalah kami perlu menumpukan kepada perlawanan kami dan dua perlawanan selepas ini merupakan yang paling penting. Kami mahu tamat di kelompok empat terbaik Liga Perdana dan mara ke final Liga Europa,” katanya.

The Blues akan bertemu dengan Dynamo Kiev dalam aksi kedua 16 pasukan terbaik Liga Europa, awal pagi esok.

Chelsea yang berkunjung ke Kiev tanpa Gonzalo Hugain, Danny Drinkwater dan Gary Cahill dengan membawa bekalan selesa 3-0 pada perlawanan pertama di Stamford Bridge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini