KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan. Beliau, turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN Jumaat ini setelah parti-parti komponen MCA dan MIC mengugut untuk tidak akan menghadirinya sekiranya beliau hadir. “Saya tidak akan meletakkan jawatan, saya tidak mahu orang…










