NEW ZEALAND 19 Mac – Bekas pemain ragbi New Zealand, Julian Savea menzahirkan sokongannya terhadap komuniti Islam yang terkesan dengan insiden tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lalu. Savea berkata hatinya masih runtun sejak Jumaat lalu ekoran serangan terhadap dua buah masjid yang mengakibatkan 50 orang meninggal dunia dan ramai mengalami kecederaan. “Saya diberi peluang yang secukupnya untuk mengenali Islam melalui keluarga isteri terutamanya daripada datuk dia. “Mereka pernah ke Mekah…










