Sapura tinjau pasaran eksport - Utusan Malaysia

Sapura tinjau pasaran eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Sapura Secured Technologies (Sapura Secured), syarikat yang terlibat dalam industri peralatan elektronik pertahanan, meninjau potensi pasaran ASEAN, Timur Tengah dan Afrika Utara bagi memasarkan radio taktikal ketenteraan terbarunya, TRC 5200.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,000 unit setahun radio tersebut terus kepada para pelanggan atau melalui rakan 
kongsi globalnya.

“Alat komunikasi ini mempunyai pemprosesan digital berprestasi tinggi, dilengkapi transmisi 
digital bersama enkripsi tersedia bagi memastikan kerahsiaan dan komunikasi yang selamat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan radio tersebut di sini semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa 
Mahsuri & Resort World Langkawi semalam.

Mohd. Zarif menjelaskan, radio itu mempunyai rangkaian liputan lebih baik, frekuensi yang lebih 
luas, membolehkannya menghantar video dan data serta penggunaan kuasa yang lebih rendah 
berbanding pendahulunya, TRC 5102.

TRC 5102 adalah radio generasi pertama syarikat itu yang dilancarkan oleh Mahathir pada LIMA 97.

Sementara versi terdahulu radio ketenteraannya dibangunkan dengan kerjasama rakan teknologi global, Mohd. Zarif berkata, Sapura telah menguasai teknologi dan berkeupayaan sepenuhnya 
dalam mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan produknya di peringkat tempatan.

“Kami amat berbangga kerana ia direka bentuk, dibangun dan dikeluarkan 100 peratus oleh jurutera dan pakar tempatan kita, dengan hak harta intelek dimiliki Sapura,” jelasnya. 

Tambah beliau, selain mampu menghasilkan perkakasan bertaraf dunia, syarikat itu mempunyai keupayaan untuk membangunkan perisian kompleks dan menghasilkan enjin bertaraf dunia, menjadikannya teknologi yang sama taraf seperti yang digunakan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini