Sapura mahu jersi kuning, terbaik Asia - Utusan Malaysia

Sapura mahu jersi kuning, terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Jersi kuning (juara keseluruhan) dan gelaran pelumba terbaik Asia menjadi sasaran Sapura Cycling Team apabila perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 kembali pada 6 hingga 13 April depan.

Pengurus Sapura, Sayuti Zahit berkata, persiapan rapi yang dijalani sejak tiga bulan lalu meletakkan pasukan berstatus benua itu cukup yakin untuk mengharungi edisi ke-28 perlumbaan yang akan berlangsung sebanyak lapan peringkat merangkumi jarak keseluruhan 1,226.1 kilometer.

Katanya lagi, sandaran untuk merangkul gelaran pelumba terbaik Asia diletakkan di bahu tiga pelumba muda berbakat besar negara – Zawawi Azman, Nur Aiman Zariff dan Akmal Hakim Zakaria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut bekas pelumba kebangsaan itu, peringkat keempat dari Shah Alam ke Genting Highlands amat penting dalam usaha merealisasikan impian mereka pada edisi kali ini.

“Harap pada LTdL kali ini, kami dapat memberikan tentangan hebat, terutama dalam perlumbaan melibatkan Genting Highlands, yang seterusnya akan mencorakkan strategi pasukan ini.

“Buat masa ini, kami akan mengambil pendekatan satu peringkat ke satu peringkat dan berharap enam pelumba yang disenaraikan kali ini, dapat memikul tugas dan peranan yang diberikan setiap hari.

“Ketika ini, kami menduduki senarai teratas dari segi pungutan masa pasukan benua Asia dan saya berharap posisi ini dapat dikekalkan selepas tamat LTdL 2019 dan sehingga penghujung tahun ini,” kata Sayuti.

Selain tiga anak tempatan – Zawawi, Nur Aiman dan Akmal Hakim, cabaran Sapura juga akan digalas tiga pelumba Australia iaitu Benjamin Dyball, Jesse Ewart dan Cristian Relianue.

LTdL 2019 akan memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar, Sabtu depan sebelum ditutup di laluan ikonik, Dataran Helang, Langkawi pada 8 April. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini