Sapura Aerospace bina kemudahan teknologi tinggi bernilai RM100 juta - Utusan Malaysia

Sapura Aerospace bina kemudahan teknologi tinggi bernilai RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 26 Mac – Sapura Aerospace Technologies, usaha sama antara Sapura Industrial Bhd. dan dua syarikat aeroangkasa Jepun akan melabur RM100 juta bagi tempoh lima tahun lagi untuk membina kemudahan berteknologi tinggi di kawasan seluas 2.02 hektar di Greater Klang Valley.

Dua syarikat dari Jepun itu ialah Wada Aircraft Technology Co Ltd dan Aero Inc.

Sapura Industrial dalam kenyataan hari ini berkata Sapura Aerospace Technologies bercadang membina kemudahan berspesifikasi tinggi yang dibina khas dengan lebih 200 kakitangannya akan dilatih di bawah program dan akreditasi khusus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengeluaran itu dijangka meningkat pada 2021. Sapura Aerospace Technologies komited memberi sumbangan signifikan terhadap ekosistem aeroangkasa Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Pertukaran dokumen perjanjian usaha sama itu disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang bermula hari ini sehingga 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, Kedah. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini