Sandiaga sindir usia Ma’ruf - Utusan Malaysia

Sandiaga sindir usia Ma’ruf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 18 Mac – Ucapan pembuka daripada calon wakil Presiden (cawapres) nombor dua, Sandiaga Uno ketika debat antara cawapres semalam disifatkan sebagai serangan berbentuk peribadi secara tidak langsung terhadap cawapres nombor satu, Ma’ruf Amin.

Menurut Detik News, Sandiaga memberi ucapan selamat hari jadi kepada Ma’ruf dan tindakannya itu bersifat kepentingan politik.

“Yang saya banggakan, saya menghormati Ma’ruf. Selamat ulang tahun ke-76, semoga sihat walafiat,” ujar Sandiaga sambil tersenyum sebelum menyampaikan misi dan visi beliau pada debat berkenaan di Hotel Sultan, Jakarta semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut penganalisis politik, Rico Marbun, tujuan Sandiaga berbuat demikian adalah untuk menegaskan usia Ma’ruf kepada bakal pengundi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini