Sanches mahu tinggalkan Bayern - Utusan Malaysia

Sanches mahu tinggalkan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 21 Mac – Renato Sanches tidak gembira bersama Bayern Munich dan kini terbuka untuk berpindah ke kelab lain.

Sanches menyertai Bayern pada 2016 dan menjadi kesayangan penyokong selepas menyerlah bersama Benfica selain membantu Portugal menjadi juara Euro pada tahun sama.

Harapan untuk pemain tengah itu sangat tinggi semasa bersama Bayern tetapi berdepan kesukaran dalam beberapa bulan pertama sebelum dipinjamkan ke Swansea.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa bersama Swansea, Sanches gagal menyerlah seperti dia bersama Benfica walaupun Niko Kovac yakin pemain Portugal mampu mencapai prestasi terbaiknya untuk kembali bersama Bayern.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya tampil dalam empat aksi Bundesliga dan kini sedang mengintai peluang untuk berhijrah.

“Saya tidak gembira di sini, saya bekerja keras tetapi tidak dibenarkan bermain.

“Saya mahu banyak beraksi, tetapi mungkin bersama kelab lain dan saya akan usahakan perkara itu,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini