KUALA LUMPUR 14 Mac – Jabatan Penjara menafikan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Samirah Muzaffar telah ditahan dalam bilik asingan gelap seperti didakwa peguamnya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. Isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Samirah Muzaffar. Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Datuk Nordin Haji Muhamad berkata, semakan mendapati tahanan tersebut tidak diletakkan di bilik gelap sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik pegawai bertugas Penjara Wanita Kajang. Ujarnya, ini berasaskan kategori seseorang banduan serta keperluan kawalan selaras dengan kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya