‘Sakura Kedah’ hiasi negeri jelapang padi - Utusan Malaysia

‘Sakura Kedah’ hiasi negeri jelapang padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN 14 Mac – Sejak seminggu lalu, persekitaran daerah ini berubah seakan-akan berada di Jepun berikutan musim bunga ‘Sakura Kedah’ menghiasi landskap negeri ini.

‘Sakura Kedah’ atau bunga tecoma itu menarik perhatian penduduk di sini untuk merakam gambar kenang-kenangan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Pemandangan indah tersebut dapat dilihat di sepanjang jalan menuju ke Kampung Sungai Yan dan Jalan Kuala Kedah di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ratusan bunga pokok tecoma mula mengeluarkan bunga bewarna merah jambu dan putih dan pohonnya seakan-akan pokok sakura di Jepun.

Seorang pengunjung, Nur Hanis Mat Isa berkata, dia bersama rakan-rakannya, sempat menikmati pemandangan indah ini sambil merakam gambar pada waktu petang.

“Kami dalam perjalanan dari Alor Setar ke Jitra dan mengambil peluang untuk bergambar kenangan dalam landskap persekitaran berwarna warni ini.

“Kebiasannya pokok ini akan mengeluarkan bunga bewarna merah jambu dan simbolik kepada warna kegemaran terutamanya wanita,” katanya kepada Utusan Online di sini baru-baru ini.

Pokok yang berasal dari Amerika Tengah dan Benua Amerika Selatan ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini