Saham T7 naik susulan peroleh kontrak daripada Petronas, Vestigo - Utusan Malaysia

Saham T7 naik susulan peroleh kontrak daripada Petronas, Vestigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Saham T7 Global Bhd. meningkat 1.5 sen kepada 55 sen pada awal dagangan hari ini selepas syarikat itu memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Vestigo Petroleum Sdn Bhd.

Pada 10.20 pagi, 9.44 juta sahamnya diniagakan.

Berdasarkan kontrak yang baru diperolehi itu, T7 akan menyediakan pembaikan dan penyenggaraan struktur zon percikan kepada Petronas Carigali serta perkhidmatan tenaga kerja kepada Vestigo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd. dalam nota hari ini mengulangi saranan positif ke atas senario minyak dan gas tempatan, dengan unjuran harga minyak purata 2019 pada US$65 setong.

“Selain daripada OPEC+ (gabungan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan 10 negara bukan anggota OPEC antaranya Rusia, Mexico dan Kazakhstan), perkembangan geopolitik terutama di negara pengeluar minyak serta perkembangan minyak syal di Amerika Syarikat juga merupakan penentu utama dalam memacu pasaran minyak dari segi pergerakan serta turun naik harga,” menurut Maybank Investment. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini