Saham KL rendah pada tengah hari - Utusan Malaysia

Saham KL rendah pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Saham di Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan prestasi serantau yang bercampur-campur.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 2.03 mata kepada 1,640.7 daripada 1,642.73 semasa ditutup pada Rabu selepas dibuka rendah 0.17 mata kepada 1,642.9.

Indeks turun naik antara 1,638.69 dan 1,645.21 sepanjang sesi pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 402 berbanding 207, manakala 358 kaunter tidak berubah, 945 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 950.36 bilion saham bernilai RM616.91 juta.

Di peringkat serantau, Indeks Nikkei Jepun merosot 1.36 peratus kepada 21,087.1, manakala Hang Seng Hong Kong naik 0.03 peratus kepada 28,736.13. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini