Rumah kotor warga asing diserbu MDKL - Utusan Malaysia

Rumah kotor warga asing diserbu MDKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Jijik dan meloyakan apabila sebuah penempatan haram pekerja warga asing di Telok Panglima Garang di sini dipenuhi sampah-sarap, berlumut dan mengakibatkan saluran longkang tersumbat. 

Penempatan yang didiami hampir 200 pekerja kawasan kilang itu diperiksa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pukul 3 petang semalam. 

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid berkata, semakan mendapati penempatan setinggi dua tingkat itu dibina tanpa mendapatkan kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, hasil semakan turut mendapati ia dibina di atas tanah berstatus pertanian. 

“Hasil pemerhatian turut mendapati pekerja warga asing ini sewenang-wenangnya membuang sampah-sarap merata-rata sehingga mengakibatkan saluran longkang tersumbat. 

“Situasi itu boleh mengakibatkan pelbagai penyakit termasuk denggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, pekerja asing itu juga didapati membiarkan bangunan penempatan itu berada dalam keadaan tidak terurus terutama dengan lendiran bahan buangan dan lumut tanpa dibersihkan sewajarnya. 

Mohamad Zain menambah, pemilik tanah seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penempatan ini dan bukannya sekadar mengaut keuntungan semata-mata menerusi sewaan terhadap pekerja asing berkenaan. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemilik tanah itu dan kes ini 
disiasat mengikut Akta Bangunan, Akta Kebersihan dan Kanun Tanah Negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini