Ronaldo terlepas 3 aksi Serie A akibat kecederaan - Utusan Malaysia

Ronaldo terlepas 3 aksi Serie A akibat kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 28 Mac- Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bergelut untuk kembali cergas bagi aksi suku akhir pertama menentang Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara pada 11 April, ekoran mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Juventus memaklumkan ujian awal yang dilakukan di Portugal menunjukkan Ronaldo tidak mengalami kecederaan serius.

Pemain berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan paha ketika beraksi bersama Portugal yang seri 1-1 dengan Serbia dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media Itali melaporkan pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu kembali ke Turin menaiki jet peribadi dengan pemeriksaan bersama pasukan perubatan Juventus akan diadakan hari ini.

Bagaimanapun, Ronaldo dijangka terlepas tiga perlawanan Serie A bermula dengan aksi menentang Empoli pada Sabtu ini, Cagliari pada 2 April dan AC Milan empat hari kemudian.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini