Ronaldo, Simeone didenda kerana pamer aksi ‘lucah’ - Utusan Malaysia

Ronaldo, Simeone didenda kerana pamer aksi ‘lucah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE 22 Mac – Cristiano Ronaldo dikenakan denda 20,000 euro (RM92,354) oleh UEFA hari ini selepas meniru gaya sambutan ‘lucah’ jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone semasa perlawanan peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

Penyerang berusia 34 tahun itu menjaringkan hatrik untuk membuat kebangkitan daripada ketinggalan defisit agregat 0-2 kepada 3-2, sekali gus mara ke suku akhir.

Ronaldo meniru gaya Simeone, yang dibuat ketika aksi peringkat 16 akhir pertama, dengan menggenggam kemaluannya dan menampar punggungnya selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bukan hanya Ronaldo, jurulatih dari Argentina, Simeone turut dikenakan denda 20,000 euro atas kesalahan membuat sambutan ‘lucah’ itu.

“Dia akan melihat bagaimana saya melakukannya di Wanda Metropolitano dan seperti saya, saya cuba menunjukkan wataknya,” kata Simeone selepas perlawanan pertama itu.

Ronaldo yang akan pulang ke Portugal untuk berkhidmat bersama skuad kebangsaan selepas sembilan bulan berehat, telah menjaringkan 24 gol untuk Juventus sejak menyertainya dari Real Madrid dengan nilai 100 juta euro (RM462 juta) tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini