RM14.22 juta kos penyelenggaraan Equanimity - Utusan Malaysia

RM14.22 juta kos penyelenggaraan Equanimity

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta kos penyelenggaraan kapal Equanimity sejak Ogos tahun lalu.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan itu meliputi kos pembaikan, bahan api, guaman, insurans dan kos-kos berkaitan proses penjualan kapal tersebut.

Jelas kementerian itu, kerajaan telah melantik sebuah syarikat pengurus kapal iaitu Wilson Yacht Management Ltd (WYM) bagi menyelenggara kapal Equanimity sejak Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mulai Ogos hingga Disember tahun lalu, jumlah keseluruhan kos yang telah dibelanjakan untuk kapal ini adalah sebanyak kira-kira RM11 juta.

“Kos bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini pula dianggarkan kira-kira RM3.22 juta,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan turut memaklumkan kapal Equanimity yang kini berada di Langkawi, Kedah berada di bawah jagaan dan kawalan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jelas kementerian tersebut, proses penjualan kapal layar tersebut kini

memasuki fasa kedua kerana harga bidaan yang diterima pada fasa pertama

tidak dapat dipersetujui.

“Proses penjualan bagi fasa kedua ini dibuat secara perjanjian sulit atau jualan secara terus dan dijangka berakhir pada 31 Mac ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini