Rizab antarabangsa BNM bersamaan AS$102.6b pada 15 Mac - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM bersamaan AS$102.6b pada 15 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$102.6 bilion (RM416.5 bi­lion) pada 15 Mac 2019 dari AS$102.4 bilion (RM415.7 bilion) pada 28 Februari 2019.

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Mac 2019, terdiri daripada ri­zab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion (RM392.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$900 juta (RM3.6 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion), emas AS$1.6 bi­lion (RM6.5 bilion) dan lain-lain aset rizab AS$2.3 bilion (RM9.3 bilion).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR sebanyak RM424.44 bi­lion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.53 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM965.84 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.23 bilion), tanah dan ba­ngunan (RM4.17 bilion), dan aset-aset lain (RM16.63 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri dari­pada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM136.76 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.04 bilion), deposit oleh institusi kewa­ngan (RM158.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.28 bilion), deposit-deposit lain (RM1.26 bilion), kertas Bank Negara (RM23.28 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.55 bi­lion). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini