PASIR PUTEH 19 Mac – Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai di khuatiri lemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, dekat sini, hari ini. Difahamkan mangsa, Muhammad Firdaus Ismail bersama tiga lagi rakan sebelum ini berjoging dan mengambil keputusan menyeberangi sungai berkenaan untuk mendekatkan jarak pulang ke rumah. Rakannya gagal untuk menyelamat mangsa yang lebih dikenali dengan nama Syawal sebelum mereka meminta bantuan penduduk berdekatan untuk menghubungi pihak bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya