LONDON 16 Mac – Raheem Sterling berada dalam senarai pendek Real Madrid apabila Zinedine Zidane mahu membina semula skuad Los Blancos itu pada musim panas ini.
Zidane meninggalkan Real selepas membantu pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut namun kembali semula ke Bernabeu awal bulan ini dan dengan pasukan yang dimilikinya bekas pemain Perancis itu perlu membuat rombakan.
Menurut media British, The Mirror, Real menyediakan bajet 300 juta pound (RM1.62 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu dan selain Sterling turut berada dalam radar pasukan adalah Neymar, Eden Hazard dan Christian Eriksen.
City akan menolak untuk melepaskan Sterling, pemain yang meledak 15 gol selain emncipta sembilan gerakan gol dalam 27 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Juara EPL itu juga masih mempunyai kontrak bersam Sterling hingga 2023 selepas bekas pemain sayap Liverpool itu menandatangani perjanjian baharu bernilai 300,000 pound (RM1.62 juta) seminggu pada November lalu.
Sterlin bukan pemain baharu yang berada dalam senarai Zidane kerana sewaktu dia beraksi bersama The Reds, Zidane yang ketika itu mengemudi Real Madrid B berkata;’Kami tahu siapa Raheem Sterling dan sudah pasti kami akan memantaunya sebagai pemain.
“Tidak ramai pemain dalam dunia ini yang boleh meningkat naik bersama skuad Real Madrid, jadi masuk akal sekiranya kami memantau perkembangan pemain muda terbaik ini,” kata Zidane. – AGENSI











