MADRID 6 Mac – Real Madrid berdepan mimpi paling mengerikan apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas dimalukan 4-1 oleh Ajax dalam perlawanan kedua, peringkat 16 akhir di tempat sendiri hari ini. Turun dengan reputasi besar selaku juara tiga kali berturut-turut, Real nyata belum bangkit daripada dua kekalahan yang dialami di tangan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik. Real yang juga juara Eropah 13 kali ditunjukkan jalan keluar secara agregat 3-5,…










