Real hubungi Chelsea untuk khidmat Hazard - Utusan Malaysia

Real hubungi Chelsea untuk khidmat Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Mac – Real Madrid telah menghubungi Chelsea, berhubung perjanjian musim panas bagi mendapatkan khidmat Eden Hazard.

Pengesahan Zinedine Zidane kembali sebagai jurulatih Real ternyata mengejutkan dunia bola sepak dan kelab itu, telahpun menyusun perancangan untuk perpindahan pertama di bawah kendalian warga Perancis itu.

Hazard berminat menyertai Real pada musim panas lalu, bagaimanapun, bekas rakan sepasukannya, Thibaut Courtois sebaliknya yang berpindah ke Madrid, sementara, bintang Belgium itu disekat Chelsea yang enggan melepaskan pemain berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media di England, The Telegraph mendakwa Real ada menghubungi Chelsea untuk bertanyakan tentang Hazard, tidak lama sebelum mereka mengumumkan Zidane selaku ketua jurulatih yang baharu, semalam.

Zidane menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan bekas kelabnya itu dan Hazard dijangka memaklumkan kepada Chelsea mengenai hasratnya untuk berpindah. Hazard amat meminat Zidane sebagai jurulatih dan menamakan legenda Perancis itu selaku idolanya sewaktu dia membesar.

Real difahamkan menghubungi Chelsea dengan cadangan untuk perjanjian musim panas ini, meskipun pada hakikatnya Blues kini berdepan hukuman dilarang melakukan urusan jual beli pemain.

Penggantungan itu bakal menyekat Hazard menyertai Real kerana Chelsea tidak mampu mencari penggantinya, bagaimanapun, kelab itu berharap Mahkamah Timbang Tara Sukan menolak keputusan FIFA yang membuat permintaan bagi membekukan penggantungan semasa proses rayuan.

Chelsea menganggarkan Hazard bernilai 100 juta pound (RM533 juta) dan menawarkan perjanjian baharu dengan gaji dinaikkan kepada 300,000 pound (RM1.60 juta) seminggu untuknya kekal di Stamford Bridge.

Kontrak Hazard akan tamat pada musim panas akan datang dan pemain perancang itu berasakan masanya di London telahpun tiba di penghujung jalan. Zidane dijangka melakukan rombakan besar-besaran ke atas skuad Real, musim panas ini, dan dilaporkan diberi peruntukan sebanyak 300 juta pound (RM1.60 billion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini