ALGIERS 30 Mac – Ratusan ribu penunjuk perasaan berkumpul bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Abdelaziz Bouteflika. Awal minggu ini, jeneral tentera, Leftenan Jeneral Ahmed Gaed Salah menggesa agar jawatan Presiden itu dikosongkan. Namun parti-parti pembangkang di negara ini berkata ia tidak akan menjamin pilihan raya bebas diadakan. Menurut laporan BBC, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan cuba menghampiri bangunan Presiden.










