Raja Perlis terima kunjungan sembah mengadap Panglima Tentera Darat - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima kunjungan sembah mengadap Panglima Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 25 Mac – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi di Balai Menghadap Biru, Istana Arau di sini hari ini.

Ahmad Hasbullah yang baru dilantik sebagai PTD ke-27 sejak 3 September tahun lalu diiringi Panglima 1 Divisyen yang juga Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD), Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu dan Pengerusi Kor Polis Tentera (KPT) Diraja, Brigadier Jeneral Mislan Anuar.

Tuanku Raja Perlis merupakan Kolonel Yang Dipertua bagi kedua-dua kor RRD dan KPT berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir ialah panglima-panglima yang baharu sahaja bertukar terdiri daripada Panglima 6 Briged berpengkalan di Sungai Petani, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail serta Panglima Markas Infantri 30 Briged di Kem Bukit Cowder Mata Ayer Perlis, Brigadier Jeneral Hashim Aman Shah dan Brigadier Jeneral Hassan Embong.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini