Qari tuan rumah perdengar bacaan malam ini - Utusan Malaysia

Qari tuan rumah perdengar bacaan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Mac – Orang ramai dijangka memenuhi Dewan Perbandaran Seremban di sini apabila seramai tujuh lagi peserta memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam keempat Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M, malam ini.

Mereka ialah peserta dari Perlis, Muhammad Fathi Ahmad yang akan membacakan surah al-Hijr bermula ayat 45 mengikut taranum nahawand hijaz manakala qariah dari Melaka, Siti Syahirah Isa akan membacakan ayat 177 surah Ali-Imran mengikut taranum soba rast.

Peserta dari Sarawak, Hadi Mohd. Sharkawi akan membaca ayat 115 surah an-Baqarah mengikut taranum hijaz soba manakala qariah kedua yang akan memperdengarkan bacaan pada malam ini ialah Awatif Abd. Majid dari Pulau Pinang yang akan membacakan surah Luqman bermula ayat 12 mengikut taranum soba hijaz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Qari dari Melaka, Muhammad Khairi Maidin pula akan membacakan surah Maryam bermula ayat 35 mengikut taranum soba hijaz manakala qariah dari Perlis, Norhusna Mohammad Saleh membacakan surah al-An’am bermula ayat 48 mengikut bacaan taranum soba rast.

Qari yang mewakili tuan rumah, Mohamad Husaini Mahmur akan membacakan surah al-Anfal bermula ayat 45 mengikut taranum rast hijaz.

Seramai 14 daripada 28 peserta telah memperdengarkan bacaan mereka malam tadi pada majlis tilawah yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini