ALOR SETAR 17 Mac – Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dekat sini yang didakwa menggunakan kanak-kanak di situ untuk mengutip derma di seluruh negara akan dikunci. Pusat jagaan yang rakaman videonya tersebar dalam pelbagai platform laman sosial baru-baru ini menempatkan seramai 211 penghuni terdiri daripada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan sebelum ini telah dikenakan Notis Lak (kunci) yang dikeluarkan pada 11 Mac…










