GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melancarkan Dasar Keterbukaan Gender (DKG) pertama di Malaysia bagi mengurangkan ketidaksamarataan jantina dan meningkatkan kesedaran sivik masyarakat. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, selaras dengan Visi Pulau Pinang 2030, dasar itu perlu menjadi tangggungjawab Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk memastikan semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri melaksanakan DKG dalam MMK masing-masing. “Semua jabatan dan agensi Kerajaan…










