Promosi Tutor A+ di PBAKL 2019 dapat sambutan - Utusan Malaysia

Promosi Tutor A+ di PBAKL 2019 dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kehadiran Kumpulan Utusan menerusi Tintarona Publication Sdn. Bhd. dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mempromosikan Tutor A+ mendapat sambutan menggalakkan pengunjung kali ini.

Pengurus dan Pengarang Tutor A+, Abdul Wahid Hashim berkata, setakat ini permintaan terhadap produk berasaskan ilmiah itu mendapat maklum balas yang baik dari segi keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajaran murid serta pelajar sekolah.

Katanya, sempena PBAKL 2019 ini pihaknya menawarkan harga istimewa Tutor A+ sebanyak 40 peratus kepada pengunjung yang melanggan produk berkenaan selama setahun dan dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu bapa yang hadir boleh mengambil peluang melanggan Tutor A+ demi melihat kejayaan anak-anak.

“Pelaksanaan program ini sesuai dengan dunia pendidikan yang mengalami perubahan drastik dan harus dipraktikkan sepenuhnya bagi menguasai ilmu serta membina personaliti cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Tutor A+ di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Tintarona Publication Sdn. Bhd., Roslan Abdul Ghani

Tutor A+ berkonsepkan pentaksiran dalam talian yang membantu mereka menghadapi peperiksaan sebenar sekali gus mengukuhkan pemahaman pe­lajar dengan lebih efisien.

Jelasnya orang ramai boleh mendapatkan produk tersebut di ruang pameran Tintarona

Publication Sdn. Bhd. di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC

Malah orang ramai juga berpeluang bergambar dengan pelakon, Izzue Islam yang turut hadir bagi merancakkan promosi ruang pameran buku Tintarona Publication Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini