Projek Saloma Link: Beberapa lokasi ditutup bermula Jumaat - Utusan Malaysia

Projek Saloma Link: Beberapa lokasi ditutup bermula Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) akan membuat penutupan sementara di beberapa lokasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jambatan projek Saloma Link.

Prolintas dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan sementara secara berperingkat-peringkat itu akan bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Katanya, pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) di talian 03-2692 6733, 03-2693 5733 atau talian bebas tol AKLEH 1-300-88-1012.

“Pengguna juga boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik. Maklumat lanjut berhubung penutupan ini boleh diperolehi dari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini