Program celik kewangan Pro Du-It diperluas - Utusan Malaysia

Program celik kewangan Pro Du-It diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mac – Kementerian Pendidikan menjalinkan kerjasama dengan Johor Corporation (JCorp) untuk mengembangkan inisiatif program celik kewangan, Pro Du-It di peringkat kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, menerusi usaha itu secara langsung dapat melibatkan penyertaan lebih banyak murid dan sekolah secara meluas serta komprehensif.

Menurut beliau, Pro Du-It merupakan langkah awal untuk mengajak para murid mengurus kewangan dan sekali gus dapat membendung budaya pembaziran dalam perbelanjaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah dengan kebanyakkan daripada mereka masih tidak cekap untuk mengurus kewangan dengan bijak.

“Berdasarkan pemerhatian saya, banyak lagi langkah serta yang perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap celik kewangan bagi merealisasikan generasi celik kewangan ini mencapai objektifnya,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Pro Du-It 2019 di sini hari ini.

Teks beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas.

Tambah Maszlee lagi, beliau berharap dengan adanya program celik kewangan seumpama itu dapat melatih dan mendidik murid mengenai cara menguruskan perbelanjaan dan menabung dengan lebih sistematik.

“Selain itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni melalui modul yang mudah diikuti. Terdapat juga elemen lain iaitu ‘kongsi’ yang menerapkan amalan bersedekah kepada setiap murid terbabit,” katanya.

Menerusi kenyataan JCorps, pihaknya menerusi Yayasan JCorp memperluaskan Program Pro Du-it yang bakal dimanfaatkan lebih 2,500 pelajar daripada 90 sekolah rendah di seluruh negara.

Program berkenaan turut diperluaskan ke peringkat kebangsaan yang meliputi Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini