PRK Rantau: Streram mahu 'rawat' rantau - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Streram mahu ‘rawat’ rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Lebih tiga dekad dalam bidang perubatan serta membantu mereka yang memerlukan sudah menjadi darah daging calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram.

Malah pakar bius Pusat Perubatan Nilai berusia 60 tahun berkenaan aktif sebagai doktor sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan ke negara konflik termasuk di Afghanistan dan Sudan pada 2010 serta 2011.

Baginya, tiada apa yang lebih memuaskan hati daripada dapat menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan peluang bertanding sebagai wakil rakyat akan memberinya satu platform baharu untuk meluaskan perkhidmatannya di luar bidang perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berkhidmat selama 34 tahun sebagai doktor, beliau yakin segala pengalamannya dalam bidang berkenaan sedikit sebanyak dapat memudahkannya mendekati rakyat, seterusnya menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam mewakili suara mereka.

“Saya juga harap dapat aplikasikan segala pengalaman yang ada dan membantu membangunkan Rantau sebaik mungkin, sekiranya dipilih,” katanya yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Anestesiologi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Manipal, India. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini