PRK Rantau: PH umum calon dalam sehari dua - Utusan Malaysia

PRK Rantau: PH umum calon dalam sehari dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, dalam masa sehari dua lagi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) telah menyerahkan enam nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan pusat, tanpa terikat sama ada kaum Melayu atau India.

“Proses kita, dengar pandangan cabang dan dengar pandangan negeri, kemudian kita bawa ke Biro Politik dan bincangkan untuk dapatkan input.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah kemuka perbincangan kepada Majlis Presiden PH semalam, jadi mungkin esok atau lusa saya akan umumkan,” katanya selepas merasmikan Pejabat PKR Cabang Rembau, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Cabang PKR Rembau R. Tanggam. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini