JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki mengedar sejumlah 1,440 botol arak tidak bercukai kastam bernilai RM420,400 apabila dia diberkas dalam serbuan di Taman Pulai Bayu di sini pagi semalam. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam serbuan pada pukul 9.25 pagi itu lelaki yang diberkas merupakan warga tempatan berusia 36 tahun. Menurutnya, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya telah melakukan risikan dan intipan sejak dua bulan lalu ke atas pergerakan sindiket yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu. “Setelah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya