Polis tahan penganjur pertandingan memancing - Utusan Malaysia

Polis tahan penganjur pertandingan memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 25 Mac – Polis menahan Pengerusi Majlis Rantaian Ilmu Negeri Melaka bagi membantu siasatan kes penipuan wang kemenangan pertandingan memancing yang dianjurkan persatuan itu di Pantai Siring di sini semalam.

Suspek yang berusia 37 tahun di lokasi pertandingan memancing itu kira-kira pukul 4.30 petang selepas enam peserta membuat laporan polis berhubung kegagalan pihak penganjur membayar wang hadiah yang dijanjikan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, lelaki terbabit dikatakan merancang pertandingan tersebut bagi mendapatkan dana untuk persatuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan rakaman percakapan saksi, suspek dikatakan membuat ketetapan setiap seorang peserta dikenakan bayaran RM100 manakala hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM20,000 dan nilai hadiah itu berperingkat-peringkat sehingga tempat ke-50 dengan jumlah keseluruhan RM41,500.

“Penganjur dikatakan telah mengumpul penyertaan sebanyak 310 orang peserta dan jumlah kutipan tersebut mencukupi untuk hadiah dijanjikan, namun pelbagai alasan diberikan atas kegagalan menyediakan wang kemenangan, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad memberitahu, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini