Polis lawat rumah Tarrant sebelum beri lesen senjata - Utusan Malaysia

Polis lawat rumah Tarrant sebelum beri lesen senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 22 Mac – Polis New Zealand hari ini mendedahkan ada bertemu dengan pengganas kulit putih yang melakukan serangan kejam membunuh 50 orang di rumahnya pada Oktober 2017 sebelum memberi lesen untuk membenarkannya membeli senjata.

Brenton Tarrant dari Australia yang merupakan seorang ketuanan kulit putih itu memohon lesen pistol pada September 2017 dan polis ‘pemeriksa senjata’ melawat rumahnya di bandar selatan Dunedin pada bulan berikutnya, kata seorang jurucakap polis.

“Salah satu langkah untuk mendapatkan lesen senjata api adalah lawatan ke rumah untuk bertemu dengan pemohon sendiri dan memeriksa keselamatan harta mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pasukan polis melakukan lawatan pada Oktober itu telah menemu bual Tarrant serta menjalankan ‘pemeriksaan keselamatan’ rumahnya.

“Setelah semua maklumat yang dikaji dan kemudian, lesen itu telah diluluskan pada November 2017.

“Tarrant juga memberikan dua nama penduduk New Zealand sebagai rujukan yang merupakan keperluan proses permohonan tersebut tanpa mengenal pasti orangnya,” ujarnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini