JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila memberkas tujuh individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM850,000 dalam empat serbuan di Mount Austin di sini Rabu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita serta seorang lelaki Indonesia berusia antara 18 hingga 45 tahun. Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil antara kerjasama JSJN Johor dan Bukit Aman dengan melakukan serbuan bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang di beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya