Polis gemuk kena sertai kem mengurangkan berat badan - Utusan Malaysia

Polis gemuk kena sertai kem mengurangkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 14 Mac – Mana-mana anggota polis yang mengalami masalah kegemukan di Thailand telah dihantar menyertai kem mengurangkan berat badan menerusi program ‘Belly Destruction’.

Portal Oddity Central melaporkan, balai polis di Thailand mula menghantar anggota-anggota mereka yang paling gemuk ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong itu selamq dua minggu selepas kejayaan program rintis berkenaan.

Difahamkan, anggota polis menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gambar anggota polis sedang membuat senaman rutin dalam program tersebut menjadi tular di media sosial

Kira-kira 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dalam kem ‘Belly Destruction’ tersebut.

Menurut media tempatan, polis yang mempunyai berat 200 kilogram telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 60 kilogram manakala anggota yang lain sekitar 20 kilogram. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini