Polis Australia bantu siasatan New Zealand - Utusan Malaysia

Polis Australia bantu siasatan New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 18 Mac – Unit Anti Keganasan Polis Australia mengenal pasti dua buah rumah yang dikaitkan dengan pengganas kulit putih dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand, Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan, rumah tersebut berada di Sandy Beach dan Lawrence di New South Wales, kedua-duanya berhampiran dengan bandar Grafton, di mana Brenton Tarrant membesar.

“Tujuan utama adalah untuk mengumpul bahan bagi membantu siasatan lanjut polis New Zealand,” jelas polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis memaklumkan, ahli keluarga Tarrant di sini ‘terus memberikan kerjasama kepada polis’.

Tarrant menghabiskan zaman remajanya di Grafton dan kemudiannya mengembara ke luar negara sebelum menetap di Dunedin, New Zealand.

Dia didakwa melakukan pembunuhan dalam serangan ganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu yang mengorbankan 50 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini