LONDON 9 Mac – Seorang bekas pegawai Nazi dalam catatan hariannya semasa perang mengaku terdapat beratus-ratus lori yang dipenuhi emas, karya seni yang dicuri serta barangan berharga telah disembunyikan di seluruh Poland. Menurut laporan Daily Mail, buku harian yang ditulis oleh Egon Ollenhaurer itu mendakwa pemimpin Nazi, Adolf Hitler mengarahkan 260 buah trak yang penuh dengan khazanah berharga tersebut disembunyikan di 11 lokasi di Poland. Ollenhaurer yang memainkan peranan penting…










