PM Australia kecam Erdogan - Utusan Malaysia

PM Australia kecam Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 20 Mac – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini menyelar kenyataan Turki berkaitan kejadian berdarah di New Zealand pada minggu lalu yang disifatkan sebagai melulu dan amat menyinggung perasaan.

Beliau turut memberi amaran untuk mempertimbangkan semua pilihan dalam menilai semula hubungan kedua-dua negara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggunakan klip vdeo serangan pengganas yang membunuh 50 orang itu sebagai sebahagian serangan ke atas negara berkenaan dan Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga memberi amaran rakyat Australia yang anti-Islam seperti Tarrant, akan ‘dihantar balik dalam keranda’ seperti moyang mereka di Gallipoli, lokasi pertempuran berdarah Perang Dunia Kedua.

“Kenyataan oleh Erdogan yang saya anggap amat menyinggung rakyat Australia dan tidak bertanggungjawab dalam saat amat sensitif ini.

“Saya mahukan kenyataan itu ditarik balik,” katanya Morrison selepas memanggil duta Turki dan menolak ‘alasan’ yang diberi. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini