KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti menunaikan segala janji yang ditaburkan kepada penduduk Semenyih walaupun tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, janji yang perlu ditunaikan kerajaan PH bukan sahaja sekadar dalam PRK DUN Semenyih tetapi termasuk janji semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Bermula dengan program penukaran minyak hitam percuma, kemudian janji-janji pembinaan klinik kesihatan dan hospital, dana penyelenggaraan dewan, pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah, pengawalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya